DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Keberkatan air zamzam bukan setakat dapat menyembuhkan penyakit (dengan izin ALLAH) dan pada urusan duniawi tetapi juga meliputi urusan ukhrawi.
Rasulullah s.a.w bersabda :
(Terjemahan) " Air zamzam berguna untuk apa saja yang ia diminum kerananya"
Ini bermaksud, barangsiapa yang meminum air zamzam dengan niat mengelakkan kehausan di Hari Kiamat nanti, maka niat itu akan terlaksana. Sehubungan dengan itu, cara hidup kita mestilah mengikut syariat Islam. Semasa kita niat minum air zamzam agar mendapat minuman di Hari Kiamat, perlu ada tertibnya dan yang penting ikhlas serta pasrah kepada ALLAH s.w.t.
(rujukan : Mukjizat Air Zamzam ~ Al-Hidayah Publisher cetakan 2002)
Oleh itu, ambillah peluang yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita. Kewujudan air zamzam adalah salah satu daripada TANDA KEBESARAN ALLAH.
To see more http://www.picture of air zamzam
