Saturday, December 5, 2009

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Hari ini 5 Dis 2009 (Sabtu), seramai 35 orang kanak-kanak lelaki telah dikhatankan di dalam Majlis Berkhatan Beramai-ramai. Majlis tersebut dianjurkan oleh pihak Masjid Bandar Kinrara yang dilaksanakan oleh doktor pakar dan staf perubatan dari KPMC. Salah seorang daripada peserta majlis berkhatan tersebut adalah anak mama, Muhammad Hafiz b. Junaidi (8 tahun)

Hati ibu mana yang tidak risau apabila anaknya akan melalui satu fasa penting dalam kehidupan . Alhamdulillah.....jam 11.30 pagi anak mama, Hafiz telah selamat dikhatankan.

Gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk kenangan semasa majlis berkhatan tersebut.
















To see more ......

Tuesday, December 1, 2009

KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ILAHI


Hargailah alam sekitar
yang dipinjamkan oleh
ALLAH kepada kita.

Monday, November 30, 2009

MUKJIZAT AIR ZAM-ZAM

Ilmu untuk dikongsi bersama.......


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
Keberkatan air zamzam bukan setakat dapat menyembuhkan penyakit (dengan izin ALLAH) dan pada urusan duniawi tetapi juga meliputi urusan ukhrawi.

Rasulullah s.a.w bersabda :

(Terjemahan) " Air zamzam berguna untuk apa saja yang ia diminum kerananya"

Ini bermaksud, barangsiapa yang meminum air zamzam dengan niat mengelakkan kehausan di Hari Kiamat nanti, maka niat itu akan terlaksana. Sehubungan dengan itu, cara hidup kita mestilah mengikut syariat Islam. Semasa kita niat minum air zamzam agar mendapat minuman di Hari Kiamat, perlu ada tertibnya dan yang penting ikhlas serta pasrah kepada ALLAH s.w.t.
(rujukan : Mukjizat Air Zamzam ~ Al-Hidayah Publisher cetakan 2002)

Oleh itu, ambillah peluang yang dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita. Kewujudan air zamzam adalah salah satu daripada TANDA KEBESARAN ALLAH.

Thursday, October 15, 2009

Cell Division

Cell division consists of :
  1. Mitosis
  2. Meiosis

MITOSIS

The process of nuclear division which results in the formation of two genetically daughter nuclei.

MEIOSIS

The process of nuclear division that reduces the number of chromosomes in daughter cells to half that of parent cell.


Hadiah untuk mama!
~ from Muhammad Hafiz b.Junaidi
Biarlah hidup kita ini bermanfaat kepada diri sendiri & orang lain. Tugas dilaksanakan kerana amanah, tanggungjawab..... yang paling penting ikhlas. Insyaallah, akan diberkati Allah.